9.5.10

A reminder or what-so-ever that you call it

* Article ni dipetik & diubahsuai from a friend of mine, Rabiatul Adawiyah. She wrote this by herself. And cerita dia tersangatlah 100% kena dengan saya dan 54f yang senasib. haha. Baca lah, it's a bit long, but you won't regret it. Trust me =)


Awak tahu tak pasal tautan hati?
Bila orang sana sakit, Allah akan gerakkan hati awak untuk turut sama berasa sakit.
Bila orang sana sedih, Allah akan hadirkan juga perasaan sebak tu.
Dan itu berlaku antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin.
Saya tak tahu samaada ini pernah terjadi kepada sesiapa.
But, saya pernah rasa macam mana. Saya tak minta. Saya tak pohon.
Tapi, kenapa bila orang sana ada apa2 masalah.. Hati saya tersentuh..
Kami terpisah antara jarak dan waktu. Saya tak fikirkan dia pun.
Saya buat kerja saya macam biasa. Tapi, tiba2.. Saya menangis..
Mungkin orang yang tak tahu akan cakap saya sewel.
Tapi saya tahu perasaan sedih ni, sakit ni, sebak ni bukan dari diri saya..
Saya tak tahu nak terangkan macam mana..
Ini semua sebab kerana sayang ke? Saya ada sampai termimpi..
Walhal, saya tak fikirkan dia sebelum tidur tu. Tapi, dia datang dalam mimpi..
Ya Allah.. Hati ni lagi-lagi laa.. Kenapa terasa orang kat sana ada masalah?
Sungguh senget perasaan ni.

Perasaan ni menyeksakan sebab saya taknak ambil tahu apa2 pasal dia.
Saya taknak tahu dia mati ke hidup ke sebab saya takde medium untuk menghubungi dia.
Allah kan medium kita? Tapi.. Saya dah takde hati.. Hehe..

Saya cakap kat Allah,"Allah, Kau hilangkanlah tautan hati ni. Jangan biarkan hati aku ni tersentuh lagi pada keadaannya. Lenyapkanlah dia dari ingatanku. Susah sangat nak tahu perihal dia, maka hilangkanlah semuanya. Jangan biarkan hati ni terdetik untuk mengambil tahu perihal dia. Jangan biarkan hati ni resah bila tahu keadaan dia yang ada masalah. Jangan sentuhkan hatiku untuknya. Perasaan ni membuatkan aku menderita. Ya Allah.. Maafkan aku.. Hilangkanlah perasaan ini supaya aku tak malu untuk menghadap-Mu.."

Perasaan cinta tu bukannya kita nak.. Saya tak pernah minta. Tapi tetap datang.
Ni lah fitrah. Saya ni bukan jenis mudah jatuh cinta.. Hehe.. So, kalau kena.. Waaaaa..
Akan sakit dan sakit.. Dan akan larikan diri.. So, jadi senget sebentar..
Maka, dari dulu.. Cakap kat hati,"Wahai hati, elok-elok berjalan, jangan sakit lagi.. Dan, jangan malukan diri lagi depan Allah.. Rindu, sayang dan cinta tu.. Kenalah hanya untuk Allah.."

Mestilah malu.. Boleh pula teringat kat dia. Rindu kat dia. Eh, pada Allah ada perasaan yang sama tak? Rasa rindu dan cinta pada Allah tu melebihi rindu dan cinta kepada dia tak?

Sebenarnya.. Cakap macam tu untuk kukuhkan hati dan juga niat.. Marilah sama-sama sebut,"Aku cinta Allah.. Aku rindu Allah.." Setiap masa..

Jatuh cinta tu menyakitkan.. Dan kalau nak sembuh it takes time. Boleh sembuh.
Allah kan ada.. Luahlah semua.. Masa rindu kat dia, tanyalah Allah.. Kalau perlu, teruskan minta pada Allah untuk hilangkan perasaan tu..

------------------------------------------------------

Cinta.. Adakah cinta tu boleh dipupuk? Boleh disemai? Tak kenal maka tak cinta kan?
Tak kenal Allah, maka takkan cintakan Dia.. Sama juga.. Jika ada seseorang yang akan hadir dalam hidup kita nanti sebagai kekasih yang halal, maka.. Cubalah mencintai..
Dan tanyakan diri.. Cinta ini kerana nafsu atau kerana Allah?

Jangan mudah rasa terharu untuk mencintai dan terus mendambakan seorang yang istimewa. Naturalkan hati.. Jika mahu terharu, alihkan rasa terharu itu pada Allah...

"Ya Allah.. Kau Maha Penyayang kerana hadirkan aku sahabat-sahabat yang sangat baik hati dan sentiasa suka menolong. Terima kasih Ya Allah.. Sayangilah mereka.."

Orang perempuan ni, jika dia dah jatuh cinta, dia akan sayang sesayangnya.. Dia akan setia. Kalau dia jatuh cinta pada seorang lelaki dan itulah cinta pertamanya.. Dia akan kenang lelaki tu sampai bila2.
Selamanya.. Lelaki tu akan sentiasa ada dalam hatinya..
[Here.. Saya bangkang habis-habisan dalam hati.. Tipu.. Tak semua orang sama~]

Lagi katanya.. Sebab tu lah jangan tersalah jatuh cinta. Jangan jatuh cinta sebelum kawen. Sebab takut nanti takleh nak cinta pada suami tu sepenuh hati.

Didatangkan kisah Asiah. Tika Asiah diseksa oleh Firaun, apa yang Asiah minta?
Asiah minta pada Allah sebuah mahligai di syurga.. N Asiah tak minta pun ada suami yang soleh temankan dia.. Sebabnya.. Kata penceramah ni laa.. Sebabnya, Firaun masih bertakhta di hati Asiah.. Wallahu'alam.. Saya dalam dua nak percaya ke tak.. (-__-)
Tapi kenyataan ni sangat menghempuk saya la..

Saya ada baca juga satu buku kompilasi kisah2 penghuni Raudhatus Sakinah..
Dalam tu, banyak diceritakan macam mana peremuan mudahnya bersimpati pada lelaki..
Dan dalam mudahnya bersimpati tu la.. Ada lelaki2 yang mereka cintai telah merayu untuk diberikan sesuatu.. Itulah mahkota wanita.. Semua ini direlakan kerana apa?
Kerana cinta.. Perempuan mudah bersimpati.. Mudah memberi..

Mungkin ramai yang cemuh sikap itu.. Saya tak tahu.. Tapi, dalam diam saya sangat kagum dengan sifat yang Allah bagi ni.. Kerana mudahnya sayang, mudahnya bersimpati, mudahnya mengasihani.. Inilah mereka yang Allah pertanggungjawabkan untuk menjadi ibu. Yang sanggup susah payah bawa baby hulu hilir selama 9 bulan.. Tak kira betapa sakitnya nak melahirkan seorang insan lagi..

Cumanya, bila semua perasaan halus seorang wanita itu disalahtempatkan..
Tu yang jadi kes buang bayi, anak haram.. Sayangnya.. Semua perasaan tu kalau boleh dipelihara untuk yang sah dan untuk satu hubungan yang diredhai Allah, maka.. Takkan ada lagi bayi-bayi yang berada di tong sampah, yang dimamah gagak, yang terlantar di longkang..

P/s: Saya buang tebiat menaip panjang.. Terlari 100 meter dari topik. Gomen~

---------------------------------------------------

Jangan lupa, kena berusaha juga untuk jodoh. Jangan hanya tunggu dia.
Buka ruang kita. Dan, sentiasalah cakap kat ibu.. "Ibu, doakananakmu ini dapat teman hidup yang soleh ya.. Yang dapat bimbing anakmu ini ke syurga.. Yang dapat jadi penyejuk hati dan mata ibu.. Doakan ya ibu.. anakmu ini nak seseorang yang cintakanku kerana Allah.."

dan muhammad ahnaf, mmg susah sy nak kikis pasaan ni. walaupun sy cuba utk mnyukai org lain.
smoga Allah membantu sy utk melupakan awk. kita kawan...smpai bebile!


Love,
Asifa

1 comment:

Anonymous said...

its me :D RABY.
thanx for display this article asifa. but npe sy na nanges bace artikel sndiri :'(
haha.