24.12.10

nadiahbs, afiqah and asifa beronggeng =)

so, tadi saya, fiqah and sipon pon ronggeng lah dekat ec mall. kitorang kumpul lebih kurang pukul 12 lebih macam tu. mula-mula nak tengok cerita janin, yes, cerita tu 18 & above only. so, dengan muka penuh confident je saya and fiqah pun pergi la nak beli tiket. malangnya, setelah staff gsc tu tengok kat belakang kitorang ada adik afiqah and cousin dia, kami diarahkan untuk menunjukkan ic kami. dengan muka masih tak leh bla confidentnya, kitorang pun keluarkan jelah. dan dan je tak leh beli sebab dia kata, kalau saya dua orang dengan afiqah je lepas la, tapi sebab ada anis and cousin dia, so tak dapat. fikir punya fikir dan dengan cadangan staff tu, kami pun belilah tiket gulliver's travels. boleh tahan lah ceritanya. lunch di sushi king dan lepas tengok movie kami beronggeng-ronggeng lagi dari kedai ke kedai.

and dekat brands outlet, sipon dengan muka pemurah mulianya, mengofferkan untuk membelanjakan kami sehelai tshirt oleh kerana dia mendapat gaji pertama terulungnya haha. kami membeli tshirt bercorakkan kambing biri-biri yang berwarna ala-ala pink kemerahan campur keorenan haha. selepas tu, kami pun mengiringi sipon ke pintu keluar mall dan berpelukan tanda kepulangannya :(

selepas itu, beronggeng lagi dengan fiqah. dia kata nak beli chopstick *nak belajar sampai pandai guna dengan cekap haha* cari-cari kat carrefour takde dan kami pun pergi ke parkson. ronggeng-ronggeng, borak-borak, ronggeng-ronggeng sampai lah fiqah balik. and saya pun berjalan pulang ke taj di mana ayah saya sedang berborak bersama rakannya di situ :)

the end. haha. memang tak boleh matang lagi ke cerita? haha sorry lah. cerita satu-satu kan seronok. boleh buat husna and madi jealous haha.







1 comment:

Mai Yee said...

Wahh! nice blog!! Ringkas dan ringan.. entry yang menarik!